
Setelah melihat gambar di atas, saya pun cakap "What the whatttt" di dalam hati. Ini adalah cara paling pantas untuk mendapatkan 6 pack! Tak kisahlah walaupun sekadar sementara, sebab kat rumah boroi pun isteri saya tak kisah sebab dia hanya pentingkan wajah dan bukan tubuh badan. So tiada masalah lah. Masalahnya adalah bila keluar di rumah, especially ketika bertemu rakan yang dah lama tak jumpa ataupun ketika balik kampung jumpa Mak Andak kita yang suka judge orang. Pilu ok di hati bila mereka beri komen yang kurang manis terhadap figure kita. Sebab itulah penyelesaian sementara sebegini amat praktikal untuk mengubah 1 pack itu kepada 6 pack, tanpa perlu sebarang usaha keras. Lagipun kalau beli banyak-banyak, aku boleh jual kat orang dengan harga yang mahal, lepastu tukar nama jadi Premium Abs dan cari downline ramai-ramai untuk membina empayar MLM aku sendiri.
So aku pun pergila cari benda alah tu kot-kot ada jual kat Amazon ke Mudah ke. Tengah tekun mencari, sekali rupa-rupanya benda itu hanyalah lawak jenaka yang dibuat sempena sambutan April Fool di Sweden. Eh yeke. Tak wujud. Sekadar parodi. Cikai mak lampir betul. Abistu acane masalah tak selesai lagi ni. Saya tahu anda yang boroi yang sedang membaca entri ini berasa kecewa juga. Jangan gusar, saya ada jumpa penyelesaian alternatif yang lebih murah, pantas, dan anda TIDAK PERLU BERSENAM mahupun BERLAPAR untuk mendapatkan 6 pack dengan segera. Ayuh teruskan membaca.
Langkah pertama:
Pergi ke kedai runcit berhampiran. Ucapkan salam kepada pekerja kedai tersebut jika wajahnya manis. Buat macam biasa jika dia agak gempal. Cari jenama di bawah. Sebenarnya tak kisah jenama apa pun, tetapi jenama di bawah adalah yang terbaik di pasaran kerana dia "Trans fat free", maksudnya ada tak akan (tak sepatutnya) menjadi lebih gemuk daripada biasa.
Langkah kedua:
Balik ke rumah dan buka bungkusan tersebut. Pastikan objek yang dibeli tersebut ada 6 ketul, dan bukan versi 2 ketul di mana versi 2 ketul tersebut selalu digunakan oleh gadis untuk tujuan yang sama cuma di bahagian yang berbeza. Pastikan kedudukan objek 6 ketul itu berada betul-betul di bahagian perut, sepertimana yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Cuma anda kena selotep lah objek tersebut di bawah baju. Tahniah, anda kini telah memiliki 6 pack tanpa perlu pergi ke gym dan menjaga pemakanan.
Nak nampak lebih seksi, pastikan anda memakai baju putih dan basahkan baju tersebut sehingga tersembul 6 pack anda. Lepastu boleh pergi jalan-jalan di pasar malam sambil memerhatikan makcik-makcik berbaju kelawar melontarkan lirik mata yang manja. Benda yang paling bagus tentang teknik ini adalah, jika lapar anda boleh seluk saja perut anda dan sumbat ke dalam mulut tanpa ada sebarang kerisauan di jiwa. Selamat mencuba!














